
Hari Raya Aidilfitri merupakan kesempatan untuk mengeratkan tali silaturahim dan mengeratkan hubungan dengan insan yang terdekat dalam kehidupan.
Bagi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, hari raya paling bermakna untuk bergembira bersama insan yang tersayang, keluarga besar atau kecil dalam memaknai kehidupan.
"Perayaan ini bukan sekadar waktu untuk kita bersuka ria, tetapi menjadi kesempatan untuk berhubung semula dengan insan yang tersayang," katanya.
Selain itu, beliau juga berharap keinsafan, kesabaran dan kasih sayang yang dipupuk sepanjang Ramadan akan terus menyinari jiwa sepanjang tahun.
Dalam kemeriahan Syawal ini beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada rakyat Malaysia.
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin," katanya.
Kommentarer