top of page

‘Ambil contoh Dr Syed Husin, memaknai perjuangan’- Najwan Halimi



Oleh: Abdullah Zaid


Sumbangan Dr Syed Husin Ali dalam dunia akademik dan politik adalah antara legasi beliau untuk membina masa hadapan negara yang lebih progresif.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, sumbangan tokoh KEADILAN itu sememangnya besar dalam bidang penulisan tatkala menyentuh perjuangan rakyat selain pengalamannya dalam liku perjuangan politik.


"Saya melihat susuk Dr Syed Husin adalah seorang yang unik kerana beliau berpengalaman dalam segmen politik dan akademik dan saya mula mengikutinya sejak di bangku sekolah menengah lagi.


"Antara karya beliau yang saya baca adalah Dua Wajah di mana beliau berkongsi pengalaman ditahan di bawah ISA ketika demonstrasi Baling selama enam tahun selain berkongsi sel dengan Anwar Ibrahim.


"Dalam buku tersebut ada disebut nama-nama individu yang sekarang sudah menjadi tokoh besar, jadi ini antara rakaman sejarah dalam buku tulisan beliau," katanya pada program Orang pergerakan dan perbincangan buku “Dua Wajah” sempena mengingati Allahyarham Dr Syed Husin Ali, malam tadi.


Dalam pada itu, Najwan turut menyifatkan karya Dr Syed Husin dalam ‘Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan Mereka’ yang ditulis ketika dalam penjara lebih berkualiti berbanding buku ‘Dilema Melayu’ karya Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Jika disingkap dengan lebih mendalam, penulisan Dr Syed Husin lebih harmoni selain memberi jalan penyelesaian kepada orang Melayu tanpa merendah-rendahkan mereka," ujarnya.


Justeru beliau menyeru generasi muda mengambil iktibar perjuangan Dr Syed Husin mengutamakan cara intelektualisme dalam

memaknai liku perjuangan.


"Kita perlu mengambil contoh Dr Syed Husin bagaimana beliau mahir dan berupaya mengarap isu berat untuk diterjemahkan dengan lebih menarik.


"Saya harap anak muda khususnya AMK untuk teruskan perjuangan mengambil perjuangan beliau sebagai contoh tokoh intelektual bagi membentuk masa depan negara yang lebih baik," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page