top of page

Amaran PM: Tidak boleh umum projek ketika kempen pilihanraya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

DS Anwar ketika memberi ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) pada pagi tadi
DS Anwar ketika memberi ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) pada pagi tadi

Pemimpin kerajaan diberi ingatan agar tidak membuat pengumuman mengenai peruntukan mengenai projek-projek pembangunan sepanjang tempoh kempen pilihanraya diadakan, demikian tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata penggunaan jentera kerajaan sepanjang tempoh kempen juga tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut.


"Tidak boleh gunakan jentera atau (umumkan) peruntukan kerajaan selepas penamaan calon sehingga pilihanraya. Itu keputusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.


Sebelum ini, media melaporkan mengenai tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan RM6.13 juta bagi 33 projek pembangunan di kawasan Parlimen Tapah pada Khamis lalu ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Kuning bakal berlangsung.


Perdana Menteri berkata, pengumuman yang dibuat Kor Ming itu dibuat sebelum penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan pada Sabtu lepas.


"Ia sebelum penamaan calon. Jika selepas itu, kita beri amaran, tidak boleh," tegas Anwar yang juga Menteri Kewangan.


Laporan media baru-baru ini menyebut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membidas tindakan Kor Ming mengumumkan peruntukan berkenaan, ketika DUN Ayer Kuning yang berada dalam Parlimen Tapah akan berdepan PRK.


BERSIH mendakwa, penggunaan kedudukan menteri untuk menyalurkan projek dan dana kerajaan ke kawasan yang sedang berdepan pilihan raya adalah satu bentuk penggunaan sumber kerajaan secara tidak adil.


Semalam, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan semua pihak supaya mematuhi peraturan berkempen, termasuk larangan mengumumkan peruntukan kerajaan sepanjang PRK DUN Ayer Kuning.


"Pematuhan langkah itu penting bagi memastikan suasana pilihan raya berlangsung dalam keadaan adil dan harmoni, sama ada di peringkat kerajaan atau pembangkang," katanya.


PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertarungan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir yang juga Setiausaha UMNO Tapah berdepan dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS.


PRK itu diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN itu Allahyarham Ishsam Sharuddin akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page