top of page

Amanah terima keputusan PRK Sg Bakap, kukuhkan jentera PRU-16



Komponen Pakatan Harapan (PH), Parti Amanah Negara (Amanah) mahu kesepaduan jentera antara PH dan Barisan Nasional (BN) yang sedang dibina diperkukuh bagi menghadapi sebarang pilihanraya, terutama Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).


Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, parti itu menghormati keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap dengan penuh tawaduk dan usaha berterusan akan digerakkan oleh Amanah bagi mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.


"Amanah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas parti di semua peringkat yang telah memberikan komitmen yang cukup jitu sepanjang tempoh berkempen.


"Justeru itu, kesepaduan jentera Perpaduan antara PH dan BN yang sedang dibina ini perlu diperkukuhkan bagi menghadapi apa jua pilihan raya yang mendatang terutama PRU ke-16," katanya dalam kenyataan.


Dalam PRK Sungai Bakap pada Sabtu lalu, usaha calon PH Dr Joohari Ariffin untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu gagal apabila hanya meraih 10,222 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail yang mendapat 14,489 undi sekali gus menang dengan majoriti 4,267 undi.


Peratusan keluar mengundi yang rendah serta sikap dingin pengundi Cina didakwa menjadi faktor kekalahan calon PH.


Pandangan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu dilihat senada dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengangggap bahawa kekalahan di Sungai Bakap bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya UMNO untuk menghadapi PRK seterusnya.


"Kita terima. Itu keputusan rakyat. Ini bukan penghujung, jalan terakhir PRK bagi mana-mana calon dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Melaka pada 7 Julai lalu.


Sebelum itu, Ahmad Zahid turut memberikan jaminan, BN akan meneruskan kerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU-16 namun menegaskan mereka akan menggunakan lambang sendiri.


Selepas Sungai Bakap, kerajaan perpaduan akan berdepan ujian sekurang-kurangnya satu lagi PRK iaitu di DUN Nenggiri, Kelantan.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK tersebut diadakan pada 17 Ogos depan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page