top of page

AMANAH kekalkan kejayaan biar difitnah musuh politik - Faiz Fadzil



Parti Amanah Negara (AMANAH) kekal subur dan mendapat tempat di hati masyarakat berbilang kaum di negara ini, khususnya orang Melayu biarpun banyak kali ditohmah dan difitnah oleh musuh politik.


Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil, biarpun pemimpin Pas Kedah baru baru ini mengulang mendakwa kononnya AMANAH dilahirkan oleh DAP atau mendakwa parti itu merbahaya kepada agama, namun hal itu hanyalah tindakan terdesak mengaburi minda penyokong dan masyarakat di luar bandar namun tidak membekas kepada golongan yang lebih berilmu.


"Sejak ditubuhkan 9 tahun lalu, AMANAH telah berjaya bergerak ke seluruh negara dengan menubuhkan 180 pertubuhan kawasan dan berjaya membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dalam dua Pilihan Raya Umum bersama rakan koalisi Pakatan Harapan dan kini Perpaduan.


"AMANAH ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan Islam yang kini sudah tergelincir jauh daripada kompas perjuangan Pas.


"Saya tegaskan bahawa AMANAH tidak ditubuhkan untuk melawan Pas dan penubuhan AMANAH bebas daripada pengaruh mana-mana parti termasuk DAP, sepertimana yang selalu difitnahkan Pas.


"AMANAH (sebaliknya) ditubuhkan atas desakan bekas ahli Pas dan rakyat sivil yang mahu melihat bahtera perjuangan Islam yang lebih progresif dan moderate. AMANAH bukan Pas 2.0 dan akan terus berpolitik atas nilai (politik nilai)," katanya dalam kenyataan.


Tegas Faiz, atas dasar politik nilai itulah fitnah dan budaya songsang agama yang dibawa Pas perlu diperbetulkan kerana fitnah atas alasan agama dan kaum boleh membawa kepada sikap ekstrimisme.


"Maka, inilah antara tugas AMANAH untuk menyelematkan umat Islam dan rakyat Malaysia daripada terus ditipu oleh permainan politik murahan Pas," ujarnya.


Oleh itu, kata beliau, AMANAH melalui Biro Mobilisasi akan menggerakkan laporan polis di seluruh negara supaya siasatan dapat dilakukan terhadap Pas yang semakin ketagih membudayakan politik fitnah dan adu-domba, yang kesannya sangat bahaya kepada negara.


Katanya, rakyat Malaysia perlu dijamin kehidupan yang sejahtera dengan membuang awal-awal sikap ektrimisme yang sedang dibina Pas hari ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page