top of page

Amanah Ikhtiar Malaysia: Bukti nyata jasa Anwar bela golongan miskin



Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang ditubuhkan pada 17 September 1987 amat dikenali sebagai badan amanah memberi pembiayaan kepada penduduk miskin luar bandar untuk membiayai kegiatan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menambahkan pendapatan.


Namun generasi muda tidak tahu siapakah pengasas atau bagaimanakah AIM diusahakan untuk ditubuhkan.


Bagi Pengarah Eksekutif IDE Research Centre, Amidi Abdul Manan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Dr Mohamad Yunus di World Economic Forum, Davos, Switzerland baru-baru ini berkaitan AIM adalah bukti nyata yang tidak boleh dinafikan terkait komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tiga dekad lalu dalam perjuangannya menubuhkan badan amanah itu.


Katanya, AIM diambil konsep dari Grameen Bank di Bangladesh yang ditubuhkan oleh Prof Dr Yunus yang berjaya mengeluarkan beribu-ribu orang di negara itu dari kelompok miskin tegar sehingga beliau mendapat Anugerah Nobel melalui usaha terbabit.


Anwar tertarik dengan idea pinjaman mikro-kredit yang diberikan bersama bimbingan kepada peserta untuk mengubah kehidupan mereka yang berpendapatan rendah di negara ini menjadi golongan yang lebih berdaya saing.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1987, beliau telah mengarahkan USM (pada ketika itu IPTA berada di bawah Kementerian Pendidikan) untuk melakukan kajian berkaitan kesesuaian konsep Bank Grameen (membaiki kehidupan golongan miskin).


"Kajian ini diketuai oleh Prof Dr Shukor Kassim dan Dr Gibbon yang akhirnya membawa kepada penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia," kata Amidi dalam kenyataan, hari ini.


Bagaimanapun sebelum itu, tambah Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama (JPPA) KEADILAN itu, Anwar sewaktu menjadi Menteri Pertanian telah memperkenalkan konsep Pasar Tani yang sehingga hari ini menjadi tapak petani menjual sendiri hasil tanaman mereka bagi mendapatkan harga yang lebih baik.


"Beliau (Anwar) menggerakkan aktiviti Pasar Tani bertujuan memerangi penindasan orang tengah terhadap golongan petani miskin di luar bandar.


"Ini berlaku pada tahun 1985," ujarnya.


Sebab itu, kata Amidi, pada 2022 dalam buku Membangun Negara Madani Datuk Seri Anwar memberikan takrifan beliau sendiri berkaitan IHSAN iaitu :

....perasaan Ihsan itu adalah soal menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain, lalu berusaha untuk mencari jalan bagi memgubatinya.....


Pada waktu ini dengan kuasa yang lebih besar sebagai PM, jelas Amidi, Anwar membuka medan baharu berperang menentang kartel dalam pelbagai bentuk dan sisi kehidupan rakyat. Beliau bertungkus-lumus menyusun kembali ekonomi yang telah dirosakkan oleh para penindas rakyat.


Oleh itu, kata mantan Presiden ABIM itu, benarlah ungkapan Anwar dalam buku Membangun Negara MADANI bahawasanya: Kerangka MADANI merupakan kemuncak kepada pengalaman selama empat dekad dalam perkhidmatan awam dan belasan tahun yang dihabiskan Anwar bagi memikirkan tentang Malaysia dan masa hadapannya.


Tegas Amidi, sepanjang berdekad dekad perjuangan Anwar umurnya dihabiskan untuk memperbaiki taraf kehidupan rakyat.


MADANI, katanya, bukan slogan tetapi adalah satu terjemahan taat setia dan kasih sayang seorang pejuang terhadap negaranya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page