top of page

Akui Israel wujud, anggota PBB, bukan bermaksud iktiraf Israel - Shamsul



Oleh: Akmal Manaf


Pihak pembangkang yang memainkan sentimen kononnya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf rejim Israel dalam wawancaranya bersama CNN baru baru ini ditempelak oleh Setiausaha Politik Kanan PM, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Beliau membidas tindakan pembangkang itu yang memainkan emosi, terutama dalam kalangan Melayu luar bandar dan kurang faham sistem bernegara antarabangsa di mana Israel merupakan anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan pemimpin Malaysia perlu mengakui kewujudannya.


Katanya, jelas dalam wawancara itu PM menegaskan tidak mengiktiraf Israel secara 'de jure' atau berdasarkan undang undang meskipun mengakui kewujudan negara itu adalah fakta atau 'de facto'.


"Maksud PMX ialah sementara mengakui negara Israel itu wujud, tetapi kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf negara itu. Bukannya susah sangat nak faham maksud ayat ini," bidas Shamsul dalam kenyataan di X.


Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu juga memetik kata kata Anwar dalam sidang media sebelum ini yang menyatakan dengan tegas tidak ada perkataan pengiktirafan ke atas Israel dalam wawancaranya bersama CNN.


"Do you accept the existence of the state of Israel? Yes. Do you believe therefore the state can defend itself? Yes. Tapi yang kita tentang ini apa? Keganasan, kezaliman, penjajahan negara Israel ke atas rakyat Palestin.


"Kalau orang tanya, apakah wujudnya Israel? Ia wujud. 'Malaysia tidak iktiraf', maknanya, tidak hantar pegawai kedutaan, tidak ada hubungan diplomatik. Itu maksudnya," tulis Shamsul memetik kata kata Anwar.


Menjelaskan lanjut, Shamsul berkata, dalam soalan yang ditujukan oleh wartawan Richard Quest berkenaan apakah Perdana Menteri mengkritik serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, Anwar berkata bahawa isu tersebut merupakan penentangan rakyat Palestin terhadap kolonialisme.


"PMX telah memberikan pandangan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang pernah dijajah, melihat perjuangan Hamas sebagai perjuangan anti kolonial.


"PMX tetap bertegas bahawa Malaysia menentang sebarang bentuk kekerasan dan mahu pihak Israel melaksanakan gencatan senjata.


"Tetapi apa yang berlaku dalam temu bual ini? Kenyataan PMX diputar belit pembangkang yang mengatakan beliau telah mengiktiraf Israel, adalah berniat jahat dan diolah oleh media pro-pembangkang untuk menyebar fitnah dan penipuan," kata beliau.


Kata Shamsul lagi, pendirian Anwar adalah jelas iaitu mengutuk keganasan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.


Hal itu, ujarnya, selari dengan kenyataan di Sidang Kemuncak APEC di Lima, Peru yang mana PM menegaskan Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinannya tidak pernah mengiktiraf negara Israel.


"Semasa berada di Riyadh, beliau (Anwar) mengusulkan agar Israel disingkirkan keanggotaannya daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


"Ia merupakan satu langkah yang mencerminkan pendirian tegas Malaysia terhadap dasar penindasan Israel kepada rakyat Palestin.


"Sehubungan itu, PMX menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, sekali gus menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama," kata Shamsul.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page