top of page

Aktivis parti, pempengaruh tubuh sekretariat khas tangkis hasutan, fitnah



Oleh: Abdullah Zaid


Pempengaruh terdiri daripada aktivis parti dan pengamal media menubuhkan sekretariat khas bagi menangkis sebarang fitnah dan hasutan di media sosial.


Pengarah Komunikasi AMANAH Wilayah Persekutuan, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, tujuan penubuhan Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat dilakukan sebagai tindakan balas terhadap gerakan pro pembangkang yang giat digerakkan ketika ini.


"Sekretariat ini ditubuhkan ekoran banyak isu-isu fitnah dan hasutan berada dalam media sosial yang cuba menjatuhkan kerajaan dan mencemarkan nama Perdana Menteri.


"Kita kesan ada satu gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ tetapi mereka ini hanya mahu cetuskan fitnah dan hasutan membuat siri-siri himpunan bagi menumbangkan kerajaan.


"Oleh itu, kami terpanggil untuk menghimpun pempengaruh media sosial untuk bersama kita," katanya dalam sidang media di Menara Dato Onn, WTC Kuala Lumpur, hari ini.


Jelasnya, jawatankuasa sekretariat khas itu akan merentas parti dan terbuka kepada pempengaruh media sosial yang cenderung menyokong kepada kerajaan.


"Jawatankuasa ini kita merancang untuk menambahkan lagi ahli yang menyokong kerajaan untuk bersama kita tidak kira fahaman politik bagi mencapai objektif yang sama.


"Jadi dengan adanya sekretariat ini kita boleh boleh tingkatkan lagi ruang kerjasama dan persefahaman," ujarnya.


Dalam pada itu, Razali menyeru lebih ramai penyertaan dalam gerakan itu bagi mempertahankan kerajaan daripada anasir yang cuba menimbulkan suasana tidak harmoni, perpecahan, permusuhan serta mengganggu-gugat kestabilan dalam negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page