top of page

Aktivis KEADILAN Kedah sakit buah pinggang, jalani rawatan dialisis



Oleh: Abdullah Zaid


Terkesan dengan nasib yang menimpa aktivis KEADILAN, NGO Suara Madani meluang masa menyantuni mantan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Sungai Petani, Afnizam Md Zuki (gambar, kanan) atau lebih dikenali sebagai Bob.


Berusia 48 tahun, Bob yang kini menetap di Kampung Titi Mandi Lembu, Kuala Ketil, Kedah disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak tahun 2011 sehingga kini.


Menerusi satu kenyataan, NGO terbabit memaklumkan Afnizam mantan Ketua Pemuda PKN (kini dikenali sebagai AMK) Sungai Petani Petani (tahun 2001) itu hanya bergantung hidup sebagai peniaga burger dengan dibantu isterinya.


"Beliau perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Beliau juga mempunyai empat orang anak yang masih lagi bersekolah masing-masing berusia 16, 14, 12 dan 8 tahun.


"InshaAllah, pihak Suara Madani akan cuba membantu mana yang termampu dan membawa permasalahan kehidupan Saudara Bob ke peringkat pimpinan, agar terdapat usaha yang sewajarnya bagi membela nasib serta kehidupan beliau yang telah banyak membantu dalam perjuangan parti selama ini.


"Semoga Bob terus kuat dan tabah serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalani liku-liku kehidupan demi keluarga tercinta," kata kenyataan Suara Madani.


Justeru, Persatuan Suara Madani mengalu-alukan orang ramai yang ingin membantu Afnizam.


Sumbangan boleh dihulur melalui akaun bank: Persatuan Suara Madani, nombor akaun 0200641100058825, Bank Simpanan Nasional.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page