Akta Warga Emas akan digubal selewat lewatnya tahun hadapan bagi mengelakkan pengabaian ke atas golongan berkenaan.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Aiman Athirah Sabu, akta tersebut bakal memperkasa hak dan kedudukan warga emas di Malaysia.
"KPWKM telah menjalankan kajian kandungan mengkaji akta khusus berkaitan warga emas
"Penggubalan Akta Warga Emas ini dilihat sebagai satu langkah positif yang bersifat holistik untuk melindungi warga emas di Malaysia. Antara kandungan akta tersebut adalah pertama melindungi warga emas, kedua melindungi hak asasi warga emas, ketiga memperkasakan warga emas, keempat memperkasa ahli keluarga dan juga komuniti, kelima mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk warga emas dan keenam bagi mewujudkan sistem sokongan yang kuat bagi penjaga.
"Usaha mewujudkan satu akta warga emas ini adalah satu langkah kementerian menangani isu negara menua pada 2030 dengan pendekatan mengharmonikan semua pihak menuju ke 2030," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Mohd Sany Hamzan (PH - Kuala Langat) dalam sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Menurut Aiman Athira lagi, Rang Undang Undang warga emas tersebut disasarkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 2024.
Sehubungan itu KPWKM akan meneliti kesesuaian undang undang kepada anak tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa dalam akta tersebut bagi memastikan kesedaran masyarakat umum menjaga warga emas
Selain itu, katanya, KPWKM juga sejak sekian lama telah menguruskan rumah jagaan untuk warga emas tanpa mengenakan sebarang caj
"Rumah penjagaan diwujudkan bagi memberi perlindungan bagi warga emas yang daif bagi memberikan kehidupan lebih berkualiti.
"Semua institusi ini dibiayai penuh oleh kerajaan tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada penghuni," katanya lagi.
Comments