Oleh: Akmal Manaf
Kerajaan telah mendapat persetujuan di peringkat Jemaah Menteri untuk meminda undang-undang berkaitan Akta Tahanan Rumah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selepas ini pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk membangunkan kerangka berkenaan maksud Akta Tahanan Rumah.
''Secara dasar kita sudah dapat kelulusan Jemaah Menteri,'' katanya dalam perbahasan peringkat dasar melibatkan kementeriannya, di Dewan Rakyat, hari ini.
Comentarios