top of page

Akta PSB: Pembangkang putar belit demi politik sempit



Oleh: Azuan Ab Rahman


Tindakan Perikatan Nasional (PN) terutama Pas yang memainkan isu perkauman dan agama untuk menimbulkan persepsi mengelirukan rakyat dikritik.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat berkata, pembangkang memainkan politik murahan itu untuk cuba menggagalkan usaha kerajaan menggubal Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB).


Tindakan itu jelasnya membayangkan mereka tidak mahu melihat rakyat Malaysia menikmati taraf hidup yang lebih baik kerana takut kehilangan modal politik.


"Apa sahaja dasar atau cadangan yang membawa manfaat kepada rakyat pasti akan diputarbelitkan oleh mereka demi kepentingan politik sempit," katanya menerusi kenyataan.


Akta PSB kini dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibawakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri. Ia dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Julai ini.


Polimik timbul apabila pembangkang cuba memberi persepsi buruk dengan mendakwa PSB sebagai taktik halus untuk mengusir orang Melayu dan India miskin dari kawasan bandar.


Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Hafiz Sabri dipetik laporan media mendakwa, melalui akta tersebut penduduk bandar khususnya berpendapatan rendah akan terpaksa berpindah dan menyerahkan tanah mereka tanpa kerelaan kepada pemaju.


"Setiap rang undang-undang yang dibawa ke Parlimen melalui proses penelitian yang ketat melibatkan setiap kementerian yang berkaitan, kelulusan Jemaah Menteri kemudian disemak oleh Pejabat Peguam Negara dan akhirnya diperkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum diwartakan sebagai undang-undang.


"Namun Pas tidak akan mendedahkan fakta ini kepada rakyat kerana ia bertentangan dengan naratif politik mereka yang hanya mahu mencetuskan kebencian dan perpecahan," tegas Wei Kiat yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang.


Sehubungan itu beliau menegaskan, sekiranya Pas benar-benar mahu membela rakyat, mereka perlu membuktikannya dengan mengemuka cadangan penyelesaian yang lebih baik


"Bukannya hanya turun ke jalanan untuk mencipta ketegangan dan memperbodohkan rakyat dengan sentimen tidak berasas semata-mata untuk mengekalkan modal politik Pas yang bergantung kepada hasutan dan fitnah," tambahnya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page