top of page

Akta Perikanan 1985 bakal dipinda, bendung pencerobohan nelayan asing



Kerajaan merancang untuk meminda undang-undang bagi membendung pencerobohan kapal nelayan asing di perairan negara.


Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, pencerobohan nelayan asing merupakan ancaman serius yang bukan sahaja menjejaskan kelestarian sumber daya perikanan tetapi juga menjejaskan mata pencarian nelayan tempatan serta mendatangkan kerugian kepada pendapatan negara.


"Kita mengambil perhatian terhadap aktiviti penangkapan ikan yang tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (IUU) termasuk aktiviti pencerobohan nelayan asing di perairan negara.


"Jabatan Perikanan sedang berusaha untuk meminda Akta Perikanan 1985 dengan mengenakan denda yang lebih berat. Undang-undang yang dipinda juga boleh mengawal nelayan tempatan daripada sebarang salah laku yang boleh beri tekanan kepada nelayan tradisi," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Perikanan Sedunia (HPS) 2024 di Anjung Floria, Putrajaya pada Sabtu.


Sementara itu tambahnya, aktiviti pencerobohan nelayan asing menunjukkan sedikit pengurangan, namun masih berlaku khususnya di perairan Laut China Selatan, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selat Melaka, dan di bahagian Sabah dan Sarawak.


Justeru Kementerian Pertanian melalui Jabatan Perikanan jelasnya sentiasa bekerjasama bersama agensi-agensi penguatkuasaan maritim yang lain termasuk bersama pihak Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page