top of page

Akta penyimpanan karbon bukti kehebatan Kerajaan Madani teroka masa depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 11
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 6 Mac lalu, merupakan langkah bijak kerajaan meneroka sumber kekayaan baharu jangka panjang.


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Haziq Azfar Ishak menyifatkan, kewujudan akta baharu itu juga membuktikan Kerajaan Perpaduan tidak meminggirkan negeri pembangkang yang terkebelakang dengan mencipta peluang ekonomi baharu kepada rakyat di sana.


''CCUS ini peluang Kerajaan untuk menyediakan ekosistem ekonomi yang berterusan di negeri-negeri yang terkebelakang daripada segi ekonomi seperti Terengganu.


''Ini bukti Kerajaan Perpaduan membantu negeri-negeri pembangkang dengan peluang ekonomi yang sangat baharu yang tidak pernah ada lagi di negara ini,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas langkah proakttif Kerajaan MADANI dalam menyediakan pelan peralihan sumber asli kepada tenaga hijau apabila kehabisan sumber daya minyak dan gas kelak.


Dalam usaha kerajaan untuk membawa negara ke arah era yang lebih maju itu, Haziq berkata, beliau masih belum mendengar kritikan yang membina daripada pihak pembangkang terutama berkenaan teknologi hijau atau tenaga boleh diperbaharui.


Begitu juga, katanya mengenai kejayaan terbaharu Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan syarikat reka bentuk cip terkemuka dunia membangunkan cip kecerdasan buatan (AI) buatan tempatan dalam masa terdekat.


Katanya, kerjasama strategik yang dijalinkan bersama Arm Holdings Inc itu, akan menyaksikan Malaysia menghasilkan cip yang akan direka bentuk, dikilangkan, diuji dan dipasang di dalam negara bagi pasaran global.


''Kita tak nampak lagi pembangkang memberikan kritikan yang konstruktif seperti adakah perkara itu boleh dicapai, adakah masyarakat tempatan memperolehi manfaatnya,'' ujarnya lagi.


Beliau tidak bersetuju pembangkang kekal dengan ulasan politik sedia ada mengapi apikan isu perkauman dan agama pada waktu negara negara dunia berlumba lumba membangunkan kecedasan buatan dan teknologi yang mencabar peranan manusia dalam bidang pekerjaan.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page