top of page

Akta Pemegang Amanah bakal dipinda elak dana kebajikan diseleweng



Kerajaan akan mengemukakan pindaan terhadap Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 2028) dan Akta Pemegang Amanah 1949 (Akta 258) bagi mengelak penyelewengan dana oleh badan pemegang amanah yang ditubuhkan antaranya bagi tujuan keagamaan, sosial dan kebajikan, kata Pejabat Perdana Menteri.


Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.


"Pindaan Akta 208 antaranya merangkumi tafsiran berhubung pemunya benefisial iaitu mereka yang mendapat manfaat daripada badan amanah.


"Pindaan Akta 258 antaranya melibatkan penetapan peraturan berkaitan pendedahan maklumat, konflik kepentingan dan sumber dana serta memberi kuasa bagi meningkatkan pemantauan, pengesahan dan pemeriksaan laporan serta penyeliaan dana," kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan.


Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan bilakah pindaan tersebut bakal dibentangkan di Parlimen.


Menurut Pejabat Perdana Menteri, pindaan itu selaras dengan usaha Kerajaan untuk memperkukuh tatakelola, integriti, dan membanteras rasuah, khususnya dengan memberi perhatian serius terhadap isu melibatkan profesionalisme agensi penguat kuasa yang memberi persepsi negatif terhadap orang awam.


Di samping itu kata kenyataan tersebut, rasuah melibatkan perolehan kerajaan serta penyalahgunaan dana awam, terutamanya melibatkan entiti yang menerima dana kerajaan bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan malah merosakkan kredibiliti tatakelola awam dan integriti institusi awam.


"Pada masa sama, mesyuarat turut bersetuju dengan cadangan menggalakkan semua syarikat gred G7 yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 37001 Anti-Bribery Management System (ABMS) dan akan diberi keutamaan dalam perolehan Kerajaan bagi perolehan kerja bernilai RM100 juta ke atas bagi tempoh dua tahun pertama.


"Inisiatif ini juga menyokong prinsip liabiliti korporat di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.


"Kerajaan sekali lagi menegaskan iltizam untuk memperkasa tatakelola dan integriti serta menyokong penuh agenda pembanterasan rasuah nasional. Setiap usaha yang diambil akan memastikan tatakelola dan integriti sektor awam terus diperkukuh demi kepentingan negara dan rakyat," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page