top of page

Akta Pembangunan Semula Bandar: Tiada unsur rampasan, paksaan



Oleh: Akmal Manaf


Tiada sebarang unsur paksaan ke atas sesiapa atau isu gentrifikasi dalam penggubalan Akta Pembangunan Semula Bandar (PSB), tegas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


Menurut KPKT, mekanisme penting pelaksanaan PSB adalah mendapatkan persetujuan pemilik hartanah melalui perundingan, dan bukannya pengambilan secara paksa seperti mana yang biasa dilakukan oleh Kerajaan dalam pembinaan kemudahan awam di atas tanah milik individu.


Katanya, kaedah perundingan yang dijalankan adalah secara menyeluruh antara pihak berkuasa - sama ada pihak persekutuan atau negeri - dengan setiap pemilik hartanah berdaftar, tanpa pengecualian.


"Kaedah perundingan ini akan memastikan pemilik hartanah menerima semula segala hak dan kepentingan yang wajar terutama pemilikan semula hartanah baharu sesuai dengan nilai hartanah sedia ada, tetapi berdasarkan nilaian masa hadapan yang akan ditampung oleh pemaju berdasarkan unjuran keuntungan yang akan dikawal dan dipersetujui oleh kerajaan.


"Pihak kerajaan, sama ada Persekutuan atau negeri akan menyediakan pelbagai insentif sebagai satu strategi untuk memacu keberhasilan pelaksanaan projek PSB dengan tumpuan utama kepada manfaat kepada pemilik hartanah asal.


"Oleh demikian, melalui pemilikan hartanah baharu yang lebih tinggi nilainya adalah untuk memastikan pengekalan pemilik hartanah menghuni di kawasan atau lokasi yang sama dengan persekitaran dan infrastruktur yang bernilai lebih tinggi dari aspek ekonomi, infrastruktur baharu dan kualiti persekitaran," jelas kementerian itu menerusi satu kenyataan.


Di Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membangkitkan kerisauan tentang Akta PSB berhubung isu jaminan pihak kerajaan bagi menjaga hak dan kepentingan rakyat terutamanya golongan B40 dan M40.


KPKT menjelaskan, asas utama penggubalan Akta PSB oleh pihaknya telah mengambil kira 10 prinsip yang secara strategiknya adalah untuk memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan dan jaminan mengekalkan hak-hak yang dinikmati oleh pemilik hartanah berdaftar.


Katanya, 10 prinsip yang dimaksudkan adalah persetujuan pemilik; pengekalan penduduk asal; menjaga kepentingan pemilik tanah dan kos caj penyenggaran yang sesuai; penempatan sementara yang kondusif; penilaian kriteria tapak pembaharuan semula bandar dan guna tanah yang efektif.


Selain itu prinsip seterusnya adalah, penilaian terperinci tapak melalui penyediaan laporan perancangan dan perundingan; penambahbaikan penggunaan teknologi; kelulusan pembangunan mengikut prosedur peruntukan perundangan sedia ada dan pembangunan secara berfasa.


"Pengekalan pemilik dan penduduk asal membuktikan bahawa tiada sebarang unsur rampasan tanah atau hartanah mahupun membangkitkan isu yang berkaitan unsur-unsur penindasan dan pengusiran atau gentrifikasi.


"KPKT ingin menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak tepat dan tidak mencerminkan dasar dan peruntukan sebenar dalam akta berkenaan," ujar kementerian itu.


Menteri KPKT, Nga Kor Ming menyifatkan dakwaan Syed Saddiq bahawa akta PSB umpama 'akta rampas rumah' adalah tidak tepat dan tidak mencerminkan dasar dan peruntukan sebenar dalam akta berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page