top of page

Akta Pemaju Perumahan bakal dipinda - Menteri KPKT



Pindaan akan dibuat terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi tindakan lebih tegas diambil terhadap pemaju yang terlibat dengan penipuan.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata akta sedia ada hanya melindungi harta rumah kediaman, kedai komersial, pejabat, pusat beli-belah dan unit komersial yang tidak tertakluk kepada kawalan.


Melalui pindaan itu kelak, sebarang kes penipuan atau projek terbengkalai boleh didakwa ke mahkamah dan dikenakan hukuman penjara tiga tahun, denda RM250,000 hingga RM500,000 atau kedua-duanya.


"Kerajaan akan mengambil tindakan pencegahan yang lebih ketat dalam isu itu dan kementerian akan berusaha melindungi hak serta kepentingan pembeli rumah


"Pembelian rumah mungkin memerlukan simpanan seumur hidup seseorang itu, pemaju haruslah lebih ikhlas untuk meningkatkan reputasi pasaran hartanah negara.


"Kita mempunyai ramai pemaju yang profesional dan bertaraf dunia, tetapi ada juga 'kambing hitam' dalam industri ini," katanya dalam kenyataan.


Kor Ming berkata kerajaan belajar dengan negara Australia, Dubai dan Singapura untuk memperluaskan skop akta itu dengan pembentukan sebuah kontrak yang lebih adil, munasabah dan telus.

"Sistem pentadbiran yang baik mesti mempunyai ganjaran dan hukuman yang jelas, kita akan menghukum mereka yang mencemarkan nama industri ini dan pada masa sama kita juga harus memberi pengiktirafan kepada mereka yang berprestasi cemerlang," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page