top of page

Akta Mesin Cetak: PM jamin teliti memorandum bantahan pengamal media



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi komitmen bahawa pentadbirannya akan meneliti memorandum bantahan berkaitan cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).


Iltizam itu dinyatakan Anwar menerusi satu hantaran di laman Facebooknya susulan menerima memorandum bantahan kepada pindaan yang dicadangkan itu.


"Setiausaha Akhbar Kanan, saudara Tunku Nashrul Abaidah telah mewakili saya untuk menerima memorandum bantahan pindaan undang-undang terkait media di pekarangan Parlimen.


"Insya-Allah kerajaan menerusi Kementerian berkaitan akan meneliti setiap bantahan, kritikan dan cadangan yang dibangkitkan bagi menjamin suasana positif untuk industri media, di samping menjaga hak dan kebebasan mereka," katanya pada Rabu.

Terdahulu lebih 50 petugas media mewakili antaranya Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), kumpulan prokebebasan media Gerakan Media Marah (Geramm) dan NGO Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berkumpul di pintu masuk Parlimen.


Mereka membantah pindaan yang dicadangkan Kementerian Dalam Negeri itu yang antara lain dilapor akan memperkenalkan semula skim pelesenan tahunan untuk penerbitan media dan memperluaskan PPPA kepada media atas talian.


Pada Selasa Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pembentangan cadangan pindaan PPPA ditangguh sementara menunggu libat urus dengan semua pihak berkepentingan.


Jelas Saifuddin, kerajaan mengutamakan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) yang turut memberi kesan kepada wartawan dan industri media.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page