top of page

'Dr Akmal jangan terlebih mengada-ada, fokus kerja masing-masing'



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN PAU 2024: Selepas mengeluarkan kenyataan yang tidak disenangi banyak pihak iaitu UMNO mungkin bertanding solo pada PRU16 akan datang, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh sekali lagi mencetuskan ketidakselesaan dalam Kerajaan Perpaduan.


Ketika majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 petang semalam, beliau menyarankan agar jawatan Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada pemimpin UMNO.


Beliau mengungkapkan saranan demikian sebagai respon spontan berikutan perwakilan UMNO menghadapi kesukaran untuk mengakses aplikasi media sosial melalui telefon pintar masing-masing semasa berada dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).


"Line tidak ada? Siapa Menteri Komunikasi?


"Datuk Seri Presiden, saya rasa Menteri Komunikasi kita tukar orang UMNO senang," katanya sinis.


Dalam hal ini ingin diingatkan kepada Dr Akmal, dalam struktur Kerajaan Perpaduan sekarang jawatan Menteri Komunikasi adalah kuota KEADILAN, bukannya UMNO.


Kalau pun ingin ditukar, ia mestilah diganti dengan pemimpin daripada KEADILAN juga.


Hal itu sama macam kuota mana-mana Menteri yang kini dipegang oleh pemimpin UMNO, jika ia ingin diganti maka penggantinya mestilah datang daripada UMNO juga.


Kuasa tukar Menteri


Kalau ditukar dengan pemimpin parti lain, struktur sedia ada kelihatan tempang dan akan menimbulkan masalah lain.

Noraini Nordin

Selain itu, kuasa menukar, mengganti atau menggugurkan mana-mana Menteri adalah hak prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan kuasa pemimpin komponen mana mana parti dalam Kerajaan Perpaduan.


Presiden UMNO ada kuasa menukar, mengganti dan menggugurkan mana-mana Menteri hanya ketika era BN berkuasa di mana Presiden UMNO ketika itu adalah Perdana Menteri. Namun era itu sudah berlalu.


Kini, Presiden UMNO bukan lagi Perdana Menteri, sebaliknya Perdana Menteri adalah Presiden KEADILAN.


Presiden UMNO selaku Timbalan Perdana Menteri tidak ada kuasa menentukan pertukaran mana mana Menteri.


Fokus tugas masing masing


Diharap Dr Akmal faham hakikat ini ibarat "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar".


Tolonglah jangan mengada-ada, mengomel sana, mengomel sini. Fokuslah kepada pekerjaan dan tugasan masing-masing.


Marilah kita meraikan perpaduan dengan semangat juang untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan secara konsisten.


*Foto ihsan UmnoOnline

_________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Коментарі


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page