top of page

Akaun Fleksibel: 2.93 juta ahli KWSP buat pengeluaran RM6.98 bilion



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata seramai 2.93 juta orang atau 22.6% daripada keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur bawah 55 tahun telah membuat pengeluaran melalui Akaun Fleksibel melibatkan pengeluaran sebanyak RM6.98 bilion.


Perdana Menteri berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 3.45 juta orang atau 26.6 peratus ahli KWSP yang mempunyai Akaun Fleksibel melibatkan pemindahan sebanyak RM10.86 billion manakala RM4.82 bilion dipindahkan ke Akaun Persaraan.


"Bagi terus mengekalkan kestabilan simpanan persaraan ahli, Akaun Persaraan (Akaun 1) diperkasakan lagi untuk membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli.


"Bermula 11 Mei 2024, kadar nisbah pengkreditan caruman ahli adalah sebanyak 75:15:10 iaitu 75% dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan, sebanyak 15% Akaun Sejahtera dan baki 10% ke dalam Akaun Fleksibel," katanya yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) pada sidang Dewan Rakyat.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kadar nisbah caruman dalam Akaun Persaraan dinaikkan sebanyak 5% berbanding nisbah 70% sebelum ini.


Katanya inisiatif itu bukan sekadar tindak balas kerajaan terhadap keperluan semasa, malah merupakan langkah proaktif untuk membantu rakyat menghadapi perubahan landskap pekerjaan dan demografi penduduk serta keperluan kitaran hayat ahli KWSP.


"Dengan inisiatif ini, kerajaan berusaha untuk memastikan setiap ahli KWSP dapat menguruskan kewangan mereka dengan yakin dan berdaya tahan dalam persekitaran yang dinamik serta mencabar pada masa kini," katanya.


Beliau berkata tujuan utama Penstrukturan Semula Akaun KWSP dibuat adalah untuk memastikan kesejahteraan kewangan semasa persaraan yang lebih mapan dan pada masa yang sama mengimbangi keperluan semasa ahli.


"Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka mempunyai pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page