top of page

Air pasang besar: Selangor aktifkan bilik gerakan 24 jam



Kerajaan Selangor bertindak mengaktifkan bilik gerakan yang akan beroperasi selama 24 jam di seluruh negeri itu bagi sebagai langkah persediaan menghadapi kejadian banjir dan fenomena air pasang besar.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, benteng atau ban sementara turut dibina di beberapa lokasi kritikal untuk menghadapi fenomena air pasang besar yang bermula esok hingga Ahad.


"Beberapa ban sementara sedang dalam proses pembinaan susulan keputusan dibuat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor bulan lepas.


"Petang ini saya akan pantau tahap kesiapsiagaan dan akan melihat jika ada ban yang masih belum selesai dibina, arahan akan dikeluarkan untuk menyegerakan tindakan (pembinaan) itu dengan segera," katanya dipetik selepas melawat lokasi tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati, Hulu Klang hari ini.


Mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan, Amiruddin berkata lokasi kejadian di lereng bukit Jalan E6 Taman Melawati itu merupakan salah satu daripada 114 kawasan berisiko atau 'hotspot' berlaku bencana di daerah Ampang Jaya.


Jelasnya keseluruhan lokasi berisiko mengalami kejadian tanah runtuh di daerah itu adalah melebihi 600 Kawasan.


"Daripada jumlah itu, sebanyak 114 kawasan yang dilihat sangat berisiko tinggi termasuk kawasan tanah runtuh Taman Melawati," katanya.


Katanya kawasan tanah runtuh di Taman Melawati merupakan antara lokasi berisiko yang disenaraikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, sambil menambah tanah di kawasan itu berada di atas struktur batu kapur.


"Apabila berlaku pergerakan air selama beberapa bulan di situ, makna gelongsoran akan mudah berlaku," katanya lagi.


Semalam, kejadian hujan lebat melanda Lembah Klang hingga menyebabkan sebahagian ibu kota mengalami banjir kilat dan bencana itu turut melibatkan kawasan di Selangor seperti Hulu Langat dan tanah runtuh di Hulu Klang.


*Kredit foto: Selangorkini

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page