top of page

Aidilfitri: Penjawat awam terima RM500, bayaran STR dipercepatkan



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira untuk dua juta penjawat awam apabila mereka akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 manakala RM250 bagi pesara termasuk veteran.


Perdana Menteri berkata pembayaran melibatkan peruntukan mencecah RM900 juta akan disalurkan pada 24 Mac ini.


Beliau mengumumkan perkara itu selepas solat Jumaat di Masjid KLIA, Sepang petang tadi.


"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi," kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.


Kenyataan itu menjelaskan bantuan khas itu melibatkan penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai lantikan kontrak, pegawai sambilan, lantikan MySTEP manakala bayaran pesara melibatkan mereka yang berpencen, pencen terbitan, pesara KWSP dan veteran berpencen dan tidak berpencen.


Dalam pada itu, Kementerian Kewangan itu memberitahu kerajaan juga akan mengawalkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 untuk 9 juta penerima mulai 24 Mac ini dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas.


"Bagi STR Fasa 2, hampir 9 juta penerima yang terdiri daripada 60% rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sehingga RM650


"Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.


"Peningkatan peruntukan STR dan SARA pada 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30% kepada RM13 bilion adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.


Penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat2 mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.


Semakan status kelayakan STR boleh didapati di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page