Hari Raya Aidiladha atau disebut hari raya korban bagi masyarakat Melayu yang bermula semalam dan berlanjutan selama 3 hari Tasyrik kemudiannya seharusnya membuka lembaran baharu kepada kehidupan umat Islam.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, umat Islam perlu memperbaiki pemahaman tentang perjuangan, pengorbanan, dan ihsan pada Aidiladha ini.
"Allah Yang Menentukan segala yang terbaik bagi hamba-hambaNya. Tugas kita sebagai hamba, jalani kehidupan dengan usaha, tawakal dan berharap kepadaNya.
"Semoga Hari Raya Aidiladha ini membuka lembaran baharu kehidupan kita semua, agar terus gagah melanjutkan kehidupan dengan perjuangan dan pengorbanan," kata Fadhlina dalam perutusan.
Beliau yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat turut berdoa agar para dhuyufurrahman di Tanah Suci, selamat menjalankan manasik-manasik haji masing masing dengan kesungguhan bagi mencapai kesempurnaan ibadah.
Comments