Pengerusi tetap KEADILAN sesi 2019 - 2022 dipilih sekali lagi mengekalkan jawatan beliau pada Kongres Nasional KEADILAN ke 16.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Saiful Izham Ramli mengumumkan keputusan undian untuk Pengerusi Tetap KEADILAN sesi 2022 - 2025, pagi tadi.
"Keputusan pengundian adalah seperti berikut Datuk Ahmad Kassim dari Cabang Pokok Sena, beliau mendapat undi perwakilan 558 undi.
"Manakala (pencabarnya) Mustafa Ghazanfar dari Cabang Wangsa Maju mendapat undi 510.
"Dengan itu saya umum pengerusi tetap ialah Datuk Ahmad Kassim," katanya.
Bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap pula adalah Mustafa Ghazanfar dari cabang Wangsa Maju.
"Mustafa Ghazanfar dari Cabang Wang Maju mendapat 452 undi
"Kedua YB Rozana memperolehi 406 undi dan calon ketiga Raja Azam Shah memperolehi 46 undi.
"Maka dengan itu saya umumkan Mustafa Ghazanfar sebagai Timbalan Pengerusi Tetap," katanya
Comments