Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul baru baru ini menemani Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Pak Su Mid di kediamannya di Kuala Nerang, Kedah.
Menurut Johari, nasihat dan pandangan Pak Su Mid sungguh memberi inspirasi dan sesuai dijadikan pedoman dalam pergulatan politik.
"Pak Su Mid berpesan agr terus ikhtiar dan berusaha. InshaAllah akan dipermudahkan.
"Amalan utama Pak Su Mid hanyalah membaca al Quran dan puasa sunat. Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat," katanya.
Menurut Johari lagi, kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan mendalam. Beliau juga suka berkias dalam percakapan.
Untuk rekod, Datuk Seri Anwar sering mengunjungi individu saleh, ulama dan kiyai dalam hampir setiap lawatannya tidak kira di Malaysia atau Indonesia.
Comments