Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kelmarin merasmikan "Program Siri Jelajah dan Taklimat Biro OKU Parti Keadilan Rakyat" yang berlangsung di The Jerai Hotel, Sungai Petani
Menurut beliau, taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Biro Isaiah Jacob itu memberi input berguna kepada Biro OKU KEADILAN Kedah yang dipimpin oleh Rubiah Don.
"Taklimat Isaiah Jacob menyentuh dan menekankan mengenai peri pentingnya beberapa isu yang menuntut perhatian serta tindakan bagi membela golongan orang kelainan upaya (OKU).
"Sesi soal jawab serta perkongsian idea dan pandangan dari para hadirin yang hadir juga dijalankan dalam majlis tersebut," katanya.
Menurut Johari lagi, majlis berjalan lancar dengan kehadiran, penglibatan serta sokongan dari banyak pihak termasuk Ketua-Ketua Cabang, Timbalan, Setiusaha, Wanita dan AMK dari negeri Kedah, Perlis dan juga Pulau Pinang.
Turut hadir dalam program terbabit Dr Sofee Razak (Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN dan Pakatan Harapan Kedah), Summugam Rengasamy (ADUN Bukit Selambau) serta Saudara Arumugam Vnar (Ketua Cabang KEADILAN Merbok).
Comentarios