Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul baru baru ini hadir merasmikan Kempen Servis Motosikal Percuma anjuran CKT Motor di Taman Cindai Jaya, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani.
Katanya, kempen servis motosikal percuma itu berjaya menarik perhatian dan penyertaan ramai dari kalangan masyarakat setempat, terutamanya dari golongan B40.
"Walaupun keadaan cuaca hujan sejak awal pagi namun tidak menjadi halangan untuk orang ramai terus hadir sertai kempen servis motosikal percuma.
"Saya juga turut berbesar hati menyampaikan sumbangan hamper kepada pengunjung yang hadir.
"Syabas dan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan CKT Motor yang begitu cakna dan berusaha memberikan servis dan khidmat terbaik kepada para pemilik motosikal terutamanya golongan B40," katanya.
Di samping itu, beliau juga kagum melihat pihak pengurusan CKT Motor yang rata-ratanya adalah dari kalangan anak muda yang cukup mahir dan berpengalaman.
"InshaAllah, pihak saya akan sentiasa memberikan dokongan bagi memastikan sebarang program yang bermanfaat sebegini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa," katanya lagi.
Comments