top of page

Ahli Parlimen Setiawangsa tegur cara kerja kontraktor



Menangani aduan penduduk, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad baru baru ini mengadakan pertemuan di antara wakil penduduk, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak kontraktor projek utiliti di Jalan 1/56 yang melakukan kerja kerja di kawasan tersebut.


Beliau meminta pihak kontraktor agar lebih bertanggungjawab dalam menjalan kerja pengorekan serta memastikan saliran sentiasa tidak tersumbat.


"Saya turun ke Jalan 1/56 bertemu dengan pihak utiliti dan kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja korekan di sana termasuk TNB, Perbadanan Aset Air Berhad dan Air Selangor.


"Turut hadir DBKL dan wakil penduduk.


"Saya menggesa mereka mengambil perhatian terhadap keluhan orang ramai tentang masalah parkir dan kesesakan akibat pelbagai kerja utiliti di sini. Longkang dan parit juga tersumbat dengan tanah," katanya.


Dalam pertemuan itu Nik Nazmi diberitahu kerja kerja berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2022.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page