top of page

Ahli Parlimen ponteng berisiko hilang elaun



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen menjalankan tanggungjawab mereka dengan menghadiri sidang Dewan.


Justeru katanya, beliau mencadangkan supaya sebaik sahaja Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) berkuat kuasa, Ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk jangka masa tertentu akan ditarik elaun mereka.


"Saya telah berkali-kali memberi amaran bahawa Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat untuk hadir ke Parlimen. Jadi, saya mencadangkan supaya Ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk jangka masa tertentu akan kehilangan elaun mereka.


"Kami hanya menunggu PSA mengeluarkannya, yang mungkin telah mendapat kelulusan Kabinet. Ia mungkin dibentangkan pada penghujung persidangan Dewan Rakyat ketiga," katanya dipetik.


Johari ditemui pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di George Town pada Selasa.


Sementara itu beliau menjelaskan, sejak mengambil alih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau telah berusaha membawa banyak pembaharuan di parlimen untuk menambah baik semak dan imbang dalam kerajaan.


Antaranya adalah memperkukuh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) serta membenarkan pembentangan dan perbahasan mengenai laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat.


Mengulas mengenai lawatannya Johari menjelaskan, ia merupakan salah satu usaha untuk membantu memperkukuh institusi ‘Speaker’ dan sebagai persiapan untuk Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia 2024 di Kuching, Sarawak pada September ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page