Ahli Parlimen Pasir Gudang lawat masjid perlu perbaikan bumbung
- Redzuan Shamsudin
- Aug 28, 2022
- 1 min read

Ahli Parlimen pasir Gudang, Hassan Abdul Karim kelmarin melawat sebuah masjid di kawasan beliau yang perlu perbaikan bumbung.
"Saya hadir ke Masjid Al-Ittihad Perjiranan 9, Pasir Gudang, berbincang dengan AJK masjid dan menerima permohonan untuk membaiki bumbung masjid yang telah lama," katanya.
Di samping itu, Hassan juga menyerahkan sedikit sumbangan kepada masjid berkenaan.
Comments