Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak melupakan jasa anggota KEADILAN yang membantu parti dalam apa juga keadaan.
Pada bulan Ramadan kali ini Shamsul membantu mereka yang memerlukan dengan pemberian susu formula untuk kanak kanak serta bantuan perniagaan.
"Di Ramadan ini saya berkesempatan menyantuni dan membuat serahan susu formula kepada ahli ahli KEADILAN di sekitar DUN Bukit Katil bagi Program Ziarah Kasih.
"Saya juga memberi sedikit sumbangan untuk bantuan perniagaan kepada ahli ahli KEADILAN yang berada di sekitar kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya," katanya.
Selain itu, ziarah khas tersebut membantu mendaftarkan anggota KEADILAN ke dalam aplikasi ADIL, agar memudahkan mereka mengundi pada Pemilihan KEADILAN 2022 nanti.
"Kami juga membantu ahli ahli memuat turun aplikasi ADIL bagi mereka yang belum mempunyai aplikasi tersebut di telefon bimbit masing masing," katanya.
Comments