Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin melaksanakan ibadah korban di hadapan Pusat Khidmat Parlimen beliau pada hari raya kedua Aidiladha lalu.
Menurut kenyataan Pusat Khidmat Hang Tuah Jaya, sebanyak 10 ekor lembu telah disembelih dan agihan dilakukan di khemah hadapan Pusat Khidmat berkenaan.
"Selesai sudah program korban kelompok Parlimen Hang Tuah Jaya. 10 ekor lembu disumbangkan oleh Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya dan diagihkan kepada warga Hang Tuah Jaya hari ini.
"Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan membantu bergotong royong menyelesaikan agihan.
"Semoga amalan ini diberkati dan diterima oleh Allah. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kelemahan sepanjang pengendalian program ini," kata kenyataan itu.
Comments