Pusat Khidmat Parlimen Ampang menyumbangkan bahan asas bagi masyarakat India menyambut perayaan Pongal yang jatuh pada hari ini sehingga Rabu nanti.
Menurut kenyataan Pusat Khidmat Ampang sebanyak 300 set barangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail di Dewan Dato' Ahmad Razali, kelmarin.
Menurut kenyataan itu lagi, sementara menunggu sumbangan tersebut masyarakat setempat sempat mendaftar ke dalam sistem PADU di Pusat Internet Komuniti.
Hari Pongal disambut oleh masyarakat India beragama Hindu mulai 14 januari hingga 17 Januari 2024.
Comments