top of page

Agong titah Kerajaan bertindak tangani salah guna media sosial



Isu mengenai salah guna media sosial mendapat perhatian Yang di-Pertua Agong apabila baginda menitahkan Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar bertindak tegas dalam menangani masalah tersebut.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu ketika beliau hadir dalam sesi menghadap baginda di Istana Negara pagi semalam bagi menyembah maklum acara-acara yang akan dijalankan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda pada 20 Julai ini.


Beliau memberitahu Sultan Ibrahim juga disembah maklum berhubung kes seorang pempengaruh media sosial wanita didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber di Gombak Setia, Selangor baru-baru ini.


"Selepas semua perkara formal itu selesai (ketika sesi menghadap) Tuanku bertitah mengenai kerisauan tentang 'masalah' berkaitan media sosial.


"Tuanku titahkan Menteri Komunikasi dan MCMC mesti mengambil tindakan yang sangat tegas, jadi Tuanku sangat prihatin," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini.


Fahmi berkata Sultan Ibrahim turut mengulangi titah agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.


Kata beliau, kementeriannya bersama agensi-agensi lain akan memperkasakan usaha menjadikan media sosial sebagai platform yang selamat untuk digunakan.


Kelmarin Fahmi dipetik sebagai berkata kementerian telah mengarahkan SKMM agar bertindak terhadap sejumlah individu yang didapati mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh ditafsirkan sebagai membuli siber di platform media sosial seperti Facebook dan TikTok.


Beliau berkata kerajaan perlu menetapkan had supaya pihak terbabit menghentikan perbuatan mengeluarkan kandungan atau memuat naik komen jelik atau lain-lain perkara yang melanggar undang-undang.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page