top of page

Agong berkenan terima PM menghadap, sembah maklum isu di Bahrain


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan, dikunjungi PM. Foto Albarra Azfar/PMO
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan, dikunjungi PM. Foto Albarra Azfar/PMO

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.


Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.


Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Facebook bertitah Perdana Menteri mempersembahkan perkara berkaitan perkembangan semasa negara selain bertanyakan khabar kesihatan Seri Paduka Baginda.


Anwar tiba semalam di Bahrain bagi lawatan rasmi di atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.


Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook turut berkongsi pertemuan beliau dengan baginda bagi menyembah maklum beberapa urusan negara.


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kelihatan ceria sewaktu menerima sembah maklum PM Anwar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kelihatan ceria sewaktu menerima sembah maklum PM Anwar

"Alhamdulillah saya juga berkesempatan bertanya khabar kesihatan baginda Tuanku usai menjalani rawatan tempoh hari.


"Semoga Baginda Tuanku terus dikurniakan keafiatan yang baik untuk memayungi negara, Insya-Allah," ujarnya.


Semalam, Istana Negara memaklumkan Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada 21 Februari ini.


Kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda, terutama bermain polo, kata kenyataan itu.


Pada 7 Februari lalu, Istana Negara memaklumkan Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page