top of page

‘Agihan peruntukan pembangkang tidak rumit, tetapkan tarikh runding’ - PM



Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) menegaskan isu agihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan.


Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarat ditetapkan kepada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang mahu memperoleh peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan dan amalan demokrasi.


Justeru, beliau mahu rundingan antara wakil kerajaan dan pembangkang disegerakan bagi membolehkan satu keputusan dimuktamadkan antara kedua-dua pihak.


"Runding ini tidak susah pun, saya pernah jadi Ketua Pembangkang tetapi tidak ada rasa rendah diri atau kompleks untuk menemui Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) di Pejabat Perdana Menteri dan bincang.


"Jadi rundinglah, saya tidak faham mengapa proses ini menjadi rumit… Tetapkan tarikh dan runding. Syarat-syarat yang dinyatakan adalah proses biasa dalam mana-mana negara demokrasi," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang meminta ‘petua’ peruntukan memandangkan beliau telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof termasuk pengutusan surat kepada Ahli Parlimen Petrajaya itu.


Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Tambun berkata, perbincangan peruntukan tidak perlu secara berasingan sebaliknya perlu dibuat melalui wakil pembangkang seperti yang dilakukan Perdana Menteri ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang.


"Kalau (dalam proses rundingan ada tidak bersetuju) kemudian kita teliti hingga ke peringkat akhir. Jadi sekali lagi saya ingatkan kesediaan kita (berunding), mulai daripada Ketua Pembangkang, wakil-wakil parti tetapkan tarikh berbincang dengan TPM 2," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page