top of page

Agihan bantuan RM30 juta BERNAS mula disalurkan kepada pesawah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memulakan proses pengagihan bantuan daripada dana disalurkan oleh syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) kepada lebih 200,000 pesawah yang layak di seluruh negara.


Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata agihan sumbangan itu dijangka selesai sepenuhnya menjelang pertengahan April ini.


Beliau menjejaskan dana sebanyak RM30 juta itu diterima sepenuhnya oleh kementerian pada 28 Mac lalu.


"Proses ini mengambil sedikit masa kerana perlu mematuhi peraturan kewangan serta tatacara dalaman syarikat


"Dana berjumlah RM30 juta ini bukanlah dana awam, sebaliknya adalah peruntukan dalaman syarikat yang tertakluk kepada tadbir urus kewangan korporat BERNAS sendiri," katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan mengenai status penyaluran sumbangan wang ihsan sebanyak RM30 juta kepada para pesawah, sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Februari lalu.


Mohamad menjelaskan setiap proses pengeluaran dana memerlukan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP), piawaian pengurusan kewangan dalaman, serta kelulusan pihak pengurusan tertinggi syarikat.


Kata beliau penyaluran sumbangan hanya boleh dilaksanakan setelah semua keperluan pematuhan ini diselesaikan sepenuhnya, seiring dengan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan yang diamalkan oleh pihak syarikat, terutama melibatkan dana berskala besar.


"Sebagai sebuah kerajaan MADANI yang berpegang kepada prinsip keutamaan rakyat, pendekatan yang diambil adalah meminta syarikat swasta membantu golongan yang memerlukan seperti pesawah, dan bukan menyumbang kepada parti politik seperti yang menjadi amalan kerajaan terdahulu.


"Kita percaya, sokongan korporat sewajarnya disalurkan untuk manfaat rakyat, bukan kepentingan politik," ujarnya.


Dalam pada itu, Mohamad berkata kementeriannya amat memahami kegusaran serta harapan tinggi daripada para pesawah.


"Kami ingin menegaskan bahawa kementerian komited sepenuhnya dalam memastikan bantuan ini sampai kepada semua yang berhak.


"Kementerian juga amat menghargai kesabaran dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para pesawah sepanjang proses ini berlangsung," kata beliau.


Pada 13 Februari lalu, laporan media memetik PM Anwar yang juga Menteri Kewangan sebagai berkata, pemilik BERNAS Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta untuk menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin dan ia akan disalurkan dalam masa terdekat.


Perdana Menteri menyatakan perkata itu susulan pengumuman yang dibuat Mohamad mengenai kenaikan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuat kuasa pada 16 Februari.


Mohamad memaklumkan kerajaan turut mengekalkan harga beras putih tempatan (BPT) pada kadar RM2.60 satu kilogram (kg) bagi memastikan bekalan beras terus stabil di pasaran.


Ini merupakan penyelarasan harga lantai belian padi yang kedua dilaksanakan kerajaan MADANI dalam tempoh dua tahun untuk meningkat pendapatan pesawah selepas mengumumkan penyelarasan pertama pada 2023 setelah hampir 10 tahun harga lantai belian padi kekal pada harga RM1,200.

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page