top of page

Agensi kerajaan guna kenderaan elektrik mulai tahun depan



Kerajaan akan beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV) secara berperingkat mulai tahun depan, demikian menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Beliau berkata, perkara tersebut akan dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat dengan penggunaannya melibatkan agensi tertentu melibatkan keperluan.


"Peralihan ini tidak dibuat sekali gus, ia akan dilaksanakan secara berperingkat namun proses sudah pun bermula dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi," kata beliau dipetik selepas Majlis Penyerahan Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan Kepada EV dan Perasmian Stesen Pengecas Pantas EV di Putrajaya hari ini.


Nik Nazmi berkata, jabatan yang terlibat dalam penggunaan EV adalah tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan.


"Ia bergantung kepada keperluan, sebab ada beberapa aspek yang perlu diambil kira kerana dalam garis panduan (peralihan kenderaan kerajaan) perlu dilihat apa keperluannya.


"Keperluan itu bergantung sama ada peralihan itu boleh dipenuhi EV tempatan atau EV lain dan sebagainya," katanya.


Mengenai penggunaan EV e.MAS 7 keluaran Proton sebagai kenderaan rasmi bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, Nik Nazmi berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan EV syarikat lain turut digunakan bagi memenuhi keperluan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN tahun depan.


"Sebenarnya ada EV lain juga yang akan diguna pakai, cuma e.MAS 7 jadi kenderaan rasmilah tetapi ada kenderaan lain di pelbagai peringkat, ada peringkat ketua negara, ketua kerajaan, menteri, pegawai dan sebagainya.


"Jadi persediaan sudah pun di peringkat akhir dan kita akan lihat apabila bermulanya persidangan, kenderaan (EV) ini akan digunakan," ujarnya.


Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan Kepada EV merupakan dokumen panduan teknikal kepada semua agensi kerajaan dengan memperincikan strategi peralihan kenderaan rasmi secara teratur dan berkesan.


"Ia mengandungi beberapa komponen utama meliputi aspek perancangan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan penilaian peralihan kepada EV.


"Pelbagai strategi dan inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030 sedang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page