top of page

Agensi penguat kuasa diarah selaraskan tugas elak ketirisan



Perdana Menteri mengarahkan agar penyelarasan kalangan penguat kuasa pelbagai agensi diwujudkan bagi menangani isu ketirisan dan kebocoran secara berkesan.


Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui ucapan di Majlis Amanat Bersama Warga Penguatkuasa KPDN di Putrajaya pada Jumaat berkata, penyelarasan dan hubungan baik antara agensi penguatkuasaan perlu untuk melawan kelompok besar terbabit jenayah berkenaan.


"Kita minta supaya penyelarasan penguatkuasaan (antara) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia, harus ada penyelarasan berkesan.


"Tak mungkin kita boleh selesaikan (masalah penyeludupan, ketirisan, kebocoran) dengan hanya satu penguat kuasa sahaja. Kita berdepan kekuatan yang luar biasa, puluhan tahun nak rungkai, (penjenayah) anggap satu tindakan yang mencabar kedudukan dia," katanya dipetik.

Pada majlis itu beliau melancarkan portal Ihsan MADANI yang menjadi platform khusus untuk rakyat menyemak dan memohon bentuk bantuan yang disalurkan kerajaan.


Sementara itu Anwar berkata, sekiranya agensi penguatkuasaan berdepan sebarang isu berbangkit berkaitan penyelarasan itu, ia perlu dibawa kepada menteri agar dapat diselesaikan di peringkat Kabinet.


Sementara itu, beliau mengingatkan semua anggota dan pegawai penguat kuasa agar memperbetulkan sebarang pelanggaran salah laku yang menjejaskan imej penjawat awam.

"Kita harus perbetulkan kelemahan kelompok kecil yang merosakkan imej kita kerana mereka melaksanakan tugas bertentangan dengan nilai keinsanan, moral dan akhlak, sebab itu ada pelanggaran hukum," tambahnya.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page