top of page

Agenda reformasi: Perlu dengar pelbagai pandangan - Fuziah



Agenda reformasi pentadbiran dan institusi sering dikumandangkan oleh pemimpin Kerajaan Madani dalam dua tahun pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagaimanapun, terdapat desakan dalam kalangan pendukung parti yang menuntut agar reformasi diperluaskan lagi dengan kadar segera. Begitu juga para NGO yang pernah bersama Pakatan Harapan (PH) berjuang untuk tadbir urus lebih baik sejak dua dekad lalu.


Namun bagi Setiausaha Agung KEADILAN, Senator Fuziah Salleh, agenda reformasi itu sebenarnya berbeza mengikut pentafsiran masing masing.


"Agenda for reform.... kadang kadang pandangan orang luar berbeza dengan pandangan orang dalam (kerajaan). Kalau kita tengok setiap kementerian masing masing melaksanakan pelbagai reform, tetapi mungkin juga ada pandangan orang luar yang berbeza. Jadi inilah yang perlu didengar dan kita beri pertimbangan.


"Saya ambil contoh sistem pendidikan. Kalau tengok dari satu aspek, guru guru kerja kuat tetapi ada juga pandangan mengatakan mungkin kita perlu melihat outcome (pencapaian) murid. Ada kata mahu lihat keputusan (periksa) sebagai kayu ukur, ada kata kita harus melihat kemenjadian murid sebagai kayu ukur.


"Jadi reform itu tidak terikat kepada satu (sesuatu yang khusus). Sebab itu kita perlu dengar pandangan pelbagai," katanya dalam wawancara bersama Suara Keadilan.


Sehubungan itu, Fuziah baru baru ini menyarankan agar tenaga pakar para anggota KEADILAN digembleng sebagai penasihat kepada beberapa menteri daripada parti itu.


Katanya, mungkin dengan cara itu reformasi akan lebih cepat dilaksanakan.


"Bila saya kata perlu ada pakar menasihat untuk membantu menteri kita, itu tidak bermaksud kita mengenepikan agenda Kerajaan Perpaduan. Kita hanya mahu membantu menteri kita untuk mendapat maklum balas, pandangan dalam potforlio masing masing.


"Sekarang ini katakanlah mereka ada penjawat awam membantu tetapi ini (tenaga pakar KEADILAN) adalah sukarelawan dari parti yang nak membantu supaya menaikkan lagi performance menteri menteri.


"Saya rasa ia tidak bercanggah dengan semangat Kerajaan Perpaduan sendiri," katanya.


Mengenai keseimbangan tumpuan komponen Kerajaan Perpaduan pula yang mungkin lebih fokus soal ekonomi berbanding reformasi, Fuziah berkata, hal itu sewajarnya terjadi kerana Kerajaan Perpaduan bukan gabungan yang dibentuk sejak sebelum pilihanraya.


"Jadi kita tidak ada satu manifesto yang kita boleh dipakai bersama. Kalau kita tengok dalam kerajaan perpaduan di negara lain. Saya suka mengambil contoh Jerman, mereka biasa dengan kerajaan perpaduan.


"Tetapi apabila bermula kerajaan perpaduan terbentuk di Jerman mereka mengambil masa berminggu minggu untuk menyediakan dokumen apa yang mereka boleh lakukan bersama. Perkara ini tidak berlaku di negara kita


"Mungkin orang ini pengharapan dia begini, orang itu pengharapan dia lain. Jadi masing masing mengatakan pengharapan mereka itulah yang perlu diisi.


"Oleh itu persepsi yang pelbagai ini perlulah diselaraskan. Ini penting," kata Fuziah lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page