ADUN Sena, Asrul Nizan Abd Jalil bersama ADUN Indera kayangan, Gan Ay Ling baru baru ini berkunjung ke Menteri Besar Incorperated (MBI), anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor untuk mendalami pengalaman GLC itu dalam memajukan perniagaannya.
Menurut Asrul, kunjungan tersebut disertai Pengerusi Koperasi Sena Jaya Perlis Berhad, Zamri Sapar dan mereka mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek di Pejabat MBI Wisma Darul Ehsan.
"Kunjungan ini bermakna bagi kami apabila berpeluang mendapat terus input dari CEO MBI sendiri tentang kisah-kisah kejayaan Negeri Selangor yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang dipimpin oleh KEADILAN sejak tahun 2008 dan hingga kini terus diberi mandat besar oleh rakyat Selangor.
"Pertemuan ini sebagai pembuka tirai bagi siri-siri lawatan kerja selepas ini untuk meninjau terus ke lapangan bagi mempelajari bagaimana MBI Selangor beroperasi dan berupaya berkembang dari hari ke hari menjadi antara pemangkin utama kemajuan negeri di samping meneroka potensi ke arah kerjasama strategik dengan MBI Selangor dalam memadankan bidang perniagaan bersesuaian dengan potensi yang ada di Negeri Perlis, suatu inisiatif meneroka peluang bagi potensi besar untuk membawa masuk pelaburan (DDI) ke Negeri Perlis," katanya.
Menurut beliau, lawatan singkat dan berkongsi pengalaman itu diharapkan mampu diperluas kepada kerjasama strategik pada masa hadapan.
Asrul mengharapkan perkongsian kemakmuran boleh berlaku dan mendatangkan manfaat besar demi kesejahteraan para penduduk di kawasan DUN Sena dan Indera Kayangan.
Comments