top of page

ADUN Pas fitnah Anwar: Tarik balik atau hadapi tindakan undang undang



Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud agar segera memohon maaf susulan dakwaannya terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya menganiaya Najib Razak dalam isu titah adendum.


Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) AMK Malaysia, Ustaz Ashraf

Hadi menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang jika ADUN Pas itu gagal membuat permohonan maaf.


"Membuat laporan polis dan ambil tindakan undang-undang adalah demi mempertahankan kebenaran serta menghentikan politik kotor yang mencemarkan keharmonian negara.


"Tuduhan kononnya Datuk Seri Anwar membisu mengenai isu adendum Najib Razak adalah fitnah murahan yang membuktikan Wan Rohimi tidak faham isu dan hanya mencari publisiti murahan.


"Lebih menjijikkan, Wan Rohimi mengungkit kembali tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar meskipun telah menerima Pengampunan Diraja.


"Ini adalah fitnah keji yang bertentangan dengan ajaran Islam. Malah, buku Qazaf yang ditulis oleh Presiden Pas sendiri, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan jelas menolak tuduhan tanpa bukti," tempelak beliau menerusi satu kenyataan.


Sebelum ini, tular sedutan video ceramah Wan Rohimi yang yang juga seorang peguam mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terlupa beliau pernah menjadi banduan dan menafikan hak banduan najib Razak untuk diahan di rumah sebagaimana termaktub dalam titah adendum.


Selain itu, Ustaz Ashraf turut mengecam tindakan ADUN Pas berkenaan yang disifatkannya bukan sahaja jahil tetapi sanggup memperlekehkan prinsip Islam dengan mengulangi fitnah jenayah seksual terhadap Anwar yang jelas tidak berjaya dibuktikan dalam perbicaraan mahkamah.


Katanya, Wan Rohimi tidak hanya memalukan Pas dengan tindakan sedemikian tetapi mencerminkan betapa rendahnya moral dan akhlak beliau sebagai seorang pemimpin.


"Sikap ini hanya mencerminkan politik Pas yang semakin hilang arah dan terdesak mencari isu untuk menyerang lawan.


"Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan Wan Rohimi yang tanpa malu mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan jijik terhadap Datuk Seri Anwar," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page