ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon memberikan sumbangan keperluan asas kepada rumah anak yatim yang terkesan dengan PKP penuh.
Beliau berkata, anak-anak yatim begitu teruja apabila melihat keretanya tiba di hadapan perkarangan rumah.
Katanya, ia dipenuhi dengan beras, milo, biskut, susu, coklat ,minyak masak dan lain-lain.
"Mereka begitu lekas serbu kereta saya dan semua barangan dikosongkan dalam sekelip mata sahaja.
Lee juga mendapati rumah anak yatim itu baru sahaja kehabisan beras.
“Beras kami baru habis, mujurlah YB hantar sampai ke pusat kami. Banyak terima kasih YB,” kata Cik Anita, penyelaras rumah anak yatim.
Katanya, sumbangan orang ramai telah berkurangan secara drastik sehingga mencapai 90 peratus daripada hari kebiasaan.
"Keadaan sedemikian amat merunsingkan pihak rumah anak yatim khasnya mereka yang hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai.
"Kebajikan dan kesejahteraan rumah-rumah anak yatim dan warga emas sentiasa di dalam keutamaan saya.
"Sebagai seorang wakil rakyat, saya tidak dapat menerima atau membiarkan golongan yang kurang bernasib baik mengalami kelaparan atau tiada tempat penginapan.
"Saya telah hantar bantuan makanan dan barangan keperluan kepada rumah anak yatim dan rumah-rumah warga emas lain dalam minggu ini. Saya akan terus pastikan kelangsungan hidup mereka agar tidak akan terjejas apabila berdepan dengan pandemik Covid-19," katanya.
Comentarios