top of page

ADUN Kota Damansara tumpu isu siapkan infrastruktur jalan, masjid



Wakil rakyat Kota Damansara, Muhammad Izuan Kasim berazam mahu memberi tumpuan kepada isu kemasyarakatan khususnya kebajikan penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pangsapuri pada tahun hadapan.


Beliau memberitahu terdapat dua projek pembinaan masjid yang masih tertangguh di kawasan diwakilinya itu iaitu Masjid Kota Damansara 2 dan masjid di Subang Bestari.


“Sebagai contoh, Masjid Kota Damansara 2 sudah dirancang namun pembinaannya masih belum dimulakan. Masjid di Subang Bestari pula mengalami kelewatan untuk disiapkan,” katanya dipetik Selangorkini.


Muhammad Izuan yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor juga mahu menyelesaikan beberapa isu infrastruktur demi keselesaan warga kawasan itu.


Jelas beliau antara fokus utamanya ialah menyelesaikan jalan sambungan antara Subang Bestari dan Kwasa Land yang tertangguh lebih 15 tahun.


“Laluan itu sepatutnya disiapkan oleh pemaju namun ia gagal dibina kerana beberapa perkara. Justeru itu, penduduk terpaksa melalui jalan satu hala yang sesak.


“Tahun hadapan kita akan duduk berbincang dengan semua pihak supaya pembinaannya dapat dilaksanakan segera. Ia mungkin menelan kos antara RM10 juta hingga RM15 juta,” katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page