ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi turun padang bagi membantu beberapa keluarga terjejas akibat penularan jangkitan Covid-19.
Walaupun dalam tempoh sekatan pergerakan, Najwan tidak berhenti menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada penduduk yang diwakilinya.
Katanya, bantuan itu berbentuk makanan asas yang diberikan kepada 13 keluarga di Flat PKNS Seksyen 16.
"Ada yang terpaksa dikuarantin di rumah dan terputus bekalan makanan.
"Ada pula yang terjejas kerana ketua keluarga dikuarantin di PKRC MAEPS. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka," katanya.
Comments