top of page

ADUN bincang rasuah: Tiada amalan korupsi boleh dilindungi - Adam Adli



Pembinaan semula negara di bawah Kerajaan Madani wajib memegang teguh prinsip anti korupsi.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Adam Adli Abdul Halim berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap dakwaan terbaharu bahawa terdapat beberapa ADUN yang berunding mengenai amalan rasuah melibatkan satu projek Kerajaan Negeri.


"Angkatan Muda Keadilan memandang berat dan ingin menyorot perhatian semua terhadap laporan terbaru berkaitan dakwaan amalan rasuah yang melibatkan sebilangan ADUN seperti yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.


"AMK kukuh dengan pendirian bahawa kebobrokan utama yang menghantui dan membarah dalam negara kita selama ini adalah rasuah.


"Rasuah dalam pelbagai bentuk dan ruang ini telah sekian lama mengkhianati hak rakyat yang sepatutnya dibela. Reformasi sendiri bertitik tolak daripada perjuangan menentang amalan rasuah," katanya dalam satu kenyataan.


Katanya, amalan rasuah hanya akan menggagalkan pembangunan cemerlang negara dan rakyat terbanyak tidak akan mendapat hak mereka secara adil.


"AMK kekal tegas dalam usaha membina dan membangunkan semula negara mengikut cita-cita dan kerangka Malaysia Madani, tiada amalan rasuah yang boleh dilindungi.


"Rasuah akan terus menggagalkan sebarang usaha Kerajaan hari ini dalam membangunkan negara dan rakyatnya.


"Kami meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa, khususnya SPRM, untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyiasat dan memulakan pendakwaan berkaitan perkembangan yang dilaporkan ini dengan seadil-adilnya tanpa mengira pihak yang terlibat," katanya.


Semalam portal Malaysiakini mendedahkan bahawa ia melihat lapan video, setiap satu memaparkan ADUN berbeza yang didakwa menerima ratusan ribu ringgit untuk menyokong permohonan sebuah syarikat untuk projek di negeri mereka.


Identiti ahli politik dalam video dan negeri itu belum didedahkan atas permintaan pemberi maklumat.


Perbincangan dalam video itu melibatkan seorang ahli perniagaan, yang wajahnya tidak kelihatan, meminta ahli politik, termasuk mereka yang memegang jawatan kanan, memulangkan wang itu kerana lesen untuk projek itu telah dibatalkan.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki kemudiannya mengesahkan bahawa pertemuan antara pegawainya dan peguam pemberi maklumat itu telah berlangsung pada 30 Oktober lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page