ADUN Batu Uban, A Kumaresan kelmarin menyelesaikan masalah penduduk berhubung isu hakisan tanah di parkir kereta Taman Batu Uban 2.
Menurut beliau, beberapa wakil agensi kerajaan turut dilibatkan dalam pertemuan bersama penduduk berkenaan.
"Hasil daripada lawatan itu, satu penyelesaian telah dikenal pasti dan agensi akan mengambil tindakan segera untuk kerja-kerja tebatan mendapan tanah.
"Penduduk menerima solusi tersebut dan berharap isu ini dapat diselesaikan segera demi keselamatan mereka," katanya.
Comments