top of page

ADUN Batu Uban mohon TPM80 baiki perumahan rakyat



ADUN Batu Uban, A Kumaresan kelmarin bertemu Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Sundarajoo Somu untuk memohon peruntukan Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Pulau Pinang (TPM80).


Menurutnya pihak Kerajaan Negeri sering kali memberi bantuan apabila dibuat permohonan untuk tabung berkenaan.


"Saya membawa satu permohonan dari kawasan untuk Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Pulau Pinang yang memerlukan perhatian segera. Beliau berjanji akan meneliti permohonan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.


"Terima kasih saya ucapkan kepada YB Datuk Seri kerana sentiasa prihatin dan segera menyelesaikan masalah yang dibawa oleh saya sama ada kes permohonan rumah atau Tabung TPM80," katanya.


Menurut Kumaresan lagi, setakat tahun 2024 sebanyak RM2.5 juta bagi 11 projek penyelenggaraan telah diluluskan melalui peruntukan TPM80 di KADUN Batu Uban.


TPM80 merupakan pembiayaan di bawah Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP).


Bantuan yang diberi berupa pembiayaan oleh Kerajaan Negeri berjumlah 20% sehingga 80% daripada kos keseluruhan projek.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page