top of page

ADUN Batu Uban hadiri Program Kesihatan Komuniti Bukit Jambul



ADUN Batu Uban, A Kumaresan baru baru ini hadir ke Program Kesihatan Komuniti Bukit Jambul sempena Hari Doktor Keluarga Sedunia anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bukit Jambul (KKBJ).


Dalam kenyataanya, beliau berkata, lebih 100 orang masyarakat tempatan telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti program tersebut seperti mewarna untuk kanak-kanak, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan dan fun-walk.


Wakil rakyat itu berpuas hati dengan kemudahan kesihatan yang dinaiktaraf setelah beliau menyampaikan rungutan orang awam akan kesesakan di klinik berkenaan tahun lalu.


"KKBJ menerima jumlah pengunjung yang ramai setiap hari namun, kemudahan klinik ini kurang selesa.


"Saya pernah beberapa kali mengutarakan keperluan untuk menaiktaraf KKBJ ketika mesyuarat bersama Pengawai Kesihatan Daerah Timur Laut dan Pegawai Daerah (DO).


"Tahun lepas KKBJ telah dinaiktaraf oleh Pejabat Kesihatan Daerah dengan penambahan tempat duduk, bilik rawatan dinaiktaraf dan penambahan kipas angin," katanya.


Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Ibrahim, Pengerusi Panel Kesihatan Daerah Timur Laut, En Teoh, Pengerusi MPKK Sg Nibong Kecil, En. Fadzley, Pengerusi Panel Kesihatan, En Jafar, Pengerusi Masjid Al-Ittifaq, wakil JPKK, JPWK Batu Uban N35, Kemas Bukit Jambul dan semua pegawai kesihatan dan staff KKBJ.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page