ADUN Batu Uban, A Kumaresan baru baru ini mengadakan konjungan hormat menemui Ketua Polis Daerah Timur Laut (OCPD) dan Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut yang baharu Tuan Lee Swee Sake.
Menurut beliau, dalam kunjungan tersebut beliau telah membangkitkan beberapa masalah penduduk ke pengetahuan pihak polis bagi dicari jalan penyelesaian.
"Saya mengambil kesempatan ini membangkitkan beberapa isu kawasan yang memerlukan tindakan daripada pihak PDRM.
"Tuan ACP Razlam telah memberikan maklum balas yang sangat positif dan bersedia untuk bekerjasama bagi menangani isu yang dibangkitkan.
"Peranan saya sebagai wakil rakyat bukan saja memberikan perkhidmatan malahan memastikan keselamatan masyarakat di kawasan selamat dan terjamin," katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada YB Lee Boon Heng yang telah mengaturkan perjumpaan tersebut.
Kumaresan berharap kerjasama yang lebih erat akan berlaku antara pejabat beliau dan Ketua Polis Daerah Timur Laut bagi menjamin kesejahteraan penduduk Kadun Batu Uban.
Comments